Senin, 28 Desember 2009

Pengantar Tasawwuf

Definisi Tasawwuf dari segi Istilah

Tasawwuf merupakan amalan,mujahadah dan perasaan rohani(zauq) yang tinggi.Berikut adalah sebahagian pandangan ahli sufi mengenainya
1. Ma’ruf al Karhki mengatakan “Tasawwuf ialah bergantung harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.”

2. Menurut Abu turab al-Naskhsyabi:”Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatu apapun malah bersih daripada semua perkara”

3. Kata Sahl bin Abdullah al Tustari:”Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat ,sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT,tidak kepada manusia.Oleh yang demikian ,disisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur


4. Al-Jurairi pula mengatakan :”Tasawwuf adalah dengan berakhlak dengan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan keji.”

5. Al -Kattani menegaskan “Sesiapa yang membekalkan kamu dengan akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwa kamu”

6. An-Nuri berkata:”Tasawwuf itu bukan tulisan,bukan juga ilmu tetapi ia adalah akhlak.Kerana jika tasawwuf itu tulisan,ia boleh diperolehi dengan latihan,Dan jika ia ilmu,Ia boleh diperolehi dengan belajar.namun,sebenarnya tasawwuf itu ialah berakhlak dengan akhlak Allah sWT(akhlak terpuji).Dan seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak Allah SWT hanya dengan ilmu dan tulisan
.
7. Ustaz Abu Ali ad-Daqqaq berkata:”Tasawwuf bermaksud suci dan bersihyang dipuji dengan lisan dan lawannya kekeruhan yang dikeji.”

8. Samnun berkata:“Tasawwuf ialah engaku merasai engakau tidak memiliki sesuatupun didunia ini,dan engkau juga tidak dimiliki oleh sesiapapun di kalangan makhluk didunia ini

9 .Al-Syibli pula berkata:”Tasawwuf ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa rasa keluh kesah

10 .Tasawwuf dari peringkat awal dan akhirnya tidak terlepas daripada syari’at.Oleh yang demikian ,al-Junaid berkata,”Zikir dengan ijtima’,tawajud dengan istima’(seni pendengaran) dan beramal dengan ittiba’.”

11. Kata Sirriy al Saqaty:”Tasawwuf ialah kata nama untuk tiga perkara,iaitu cahaya ma’rifahnya tidak menghilangkan cahaya kewarakkannya,tidak berbicara tentang ilmu yang batin yang disanggah oleh al-Quran dan as-Sunnah,kekeramatannya tidak mendorongnya melanggar perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT”

12. Al-Sya’rani mendefinisikan tasawwuf sebagai ilmu yang terbit di dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan as-Sunnah.Sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama-ulama fiqh, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan ilmu,adab2,rahsia2 dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan ,dengan syarat jika amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak -kehendak hawa nafsu”

13. Imam al-Ghazali berkata:”Ahli tasawwuf ialah mereka yang berjalan pada jalan Allah SWT khususnya perjalanan mereka merupakan sebaik-baik jalan di samping akhlak mereka setinggi-tinggi akhlak”